PERANAN IBUBAPA DAN AHLI MASYARAKAT
Kajian telah menunjukkan ibu bapa dan ahli masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam memastikan anak remaja dan belia bebas daripada dadah.
LIMA SEBAB REMAJA DAN BELIA TERJEBAK DENGAN DADAH
- Merasa Telah Dewasa
-Remaja suka meniru orang dewasa seperti cara bercakap, berpakaian dan lain-lain.
-Menganggap diri dewasa bermakna bebas dan boleh buat keputusan sendiri.
-Boleh buat apa sahaja seperti merokok, keluar rumah tanpa beritahu ibu bapa dan lain-lain. - Untuk Bersama Rakan Dan Diterima
-Remaja biasanya berkehendakkan orang menyukainya.
-Remaja mengikut kehendak kawan supaya mereka diterima dalam kumpulan.
-Remaja mengambil dadah untuk bersama dan diterima oleh kawan.
-Pengaruh kawan adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan. - Untuk Tenang Dan Merasa Selesa
-Ramai orang terutama remaja menganggap dadah boleh menolong mereka melupakan masalah.
-Remaja dan orang dewasa menggunakan cara yang tidak sihat untuk mengatasi tekanan. - Untuk Mengambil Risiko Dan Memberontak
-Ibu bapa sedar anak-anak mereka sentiasa mengambil risiko seperti suka bermain benda-benda yang berbahaya.
-Orang muda ( remaja) lebih berani mengambil risiko.
-Anggapan risiko bermakna mencabar.
-Anggapan risiko bermakna wira.
-Remaja beremosi dan suka memberontak. - Untuk Memenuhi Rasa Ingin Tahu
-Rasa ingin tahu perkara baru.
-Terpengaruh dengan iklan.
-Ingin mencuba tanpa berfikir panjang.
-Mudah mempercayai.
TINDAKAN UNTUK IBUBAPA
- Ibu bapa menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak.
- Biasanya anak-anak bercakap secara bebas dengan orang lain daripada ibu bapanya. Oleh itu, mintalah orang yang dipercayai untuk menasihati anak kita.
- Peruntukan masa setiap hari untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanya khabar masalah mereka.
- Mengajar mereka untuk menyelesaikan masalah dan menghindari tekanan daripada kawan sebaya
- Memberi tahu risiko tentang bahaya mengambil dadah.
- Ajaran dan amalan agama yang mendalam kepada anak-anak supaya mereka menjadi kebal dalaam mengharungi ranjau kehidupan.