Monday, June 4, 2012

Rokok


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.


Fail:Cigarette.jpg

Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.

Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

            







Saturday, April 7, 2012

LINDUNGI REMAJA DARIPADA DADAH

PERANAN IBUBAPA DAN AHLI MASYARAKAT


Kajian telah menunjukkan ibu bapa dan ahli masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam memastikan anak remaja dan belia bebas daripada dadah.

LIMA SEBAB REMAJA DAN BELIA TERJEBAK DENGAN DADAH

  1. Merasa Telah Dewasa
    -Remaja suka meniru orang dewasa seperti cara bercakap, berpakaian dan lain-lain.
    -Menganggap diri dewasa bermakna bebas dan boleh buat keputusan sendiri.
    -Boleh buat apa sahaja seperti merokok, keluar rumah tanpa beritahu ibu bapa dan lain-lain.
  2. Untuk Bersama Rakan Dan Diterima
    -Remaja biasanya berkehendakkan orang menyukainya.
    -Remaja mengikut kehendak kawan supaya mereka diterima dalam kumpulan.
    -Remaja mengambil dadah untuk bersama dan diterima oleh kawan.
    -Pengaruh kawan adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan.
  3. Untuk Tenang Dan Merasa Selesa
    -Ramai orang terutama remaja menganggap dadah boleh menolong mereka melupakan masalah.
    -Remaja dan orang dewasa menggunakan cara yang tidak sihat untuk mengatasi tekanan.
  4. Untuk Mengambil Risiko Dan Memberontak
    -Ibu bapa sedar anak-anak mereka sentiasa mengambil risiko seperti suka bermain benda-benda yang berbahaya.
    -Orang muda ( remaja) lebih berani mengambil risiko.
    -Anggapan  risiko bermakna mencabar.
    -Anggapan risiko bermakna wira.
    -Remaja beremosi dan suka memberontak.
  5. Untuk Memenuhi Rasa Ingin Tahu
    -Rasa ingin tahu perkara baru.
    -Terpengaruh dengan iklan.
    -Ingin mencuba tanpa berfikir panjang.
    -Mudah mempercayai.

TINDAKAN UNTUK IBUBAPA

  • Ibu bapa menjadi contoh teladan yang baik untuk anak-anak.
  • Biasanya anak-anak bercakap secara bebas dengan orang lain daripada ibu bapanya. Oleh itu, mintalah orang yang dipercayai untuk menasihati anak kita.
  • Peruntukan masa setiap hari untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanya khabar masalah mereka.
  • Mengajar mereka untuk menyelesaikan masalah dan menghindari tekanan daripada kawan sebaya
  • Memberi tahu risiko tentang bahaya mengambil dadah.
  • Ajaran dan amalan agama yang mendalam kepada anak-anak supaya mereka menjadi kebal dalaam mengharungi ranjau kehidupan.